PENGENALAN:
Jawatankuasa pilihanraya cawangan Tanta atau lebih dikenali sebagai JPC ini adalah satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN PUSAT dan Cawangan Tanta bagi sesi 2009/2010 dan bertanggungjawab memastikan proses pemilihan jawatankuasa PERUBATAN PUSAT dan CAWANGAN berjalan dengan lancar dan selari dengan konsep demokrasi ISLAM itu sendiri. Justeru, gerak kerja yang amanah, cekap, dan telus amatlah dititik beratkan bagi lebih memaksimumkan kualiti hasil yang bakal dikecapi bersama.
MOTO JPC 2009/2010:
“BERKAT, TELUS DAN CEKAP”
MISI JPC 2009/2010:
Mendukung Sistem Demokrasi ISLAM Dan Menjamin Hak Ahli Perubatan Cawangan Tanta Untuk Memilih Wakil Mereka
Dengan Mengurus, Mengawal Selia Dan Mengendalikan Pilihan Raya Secara Adil Dan Bebas.
VISI JPC 2009/2010:
Menjadi Sebuah Institusi Demokratik Yang Cemerlang Dan Mendapat Kepercayaan Ahli Perubatan Cawangan Tanta.
PERATURAN PILIHAN RAYA :
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut :
1)PENCALONAN BAGI :
Perubatan Cawangan Tanta
-Pencalon:
· Pencalon hendaklah menyemak semula keahlian dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan.
· Pencalonan hanya boleh dilakukan di lokasi yang disediakan.
· Pencalon mestilah ahli Perubatan cawangan Tanta Tahun 2 dan ke atas sahaja.(ahli matang)
· Pencalon Lelaki hanya boleh mencalonkan : seorang calon Pengerusi,seorang calon Timbalan Pengerusi II, dan 5 orang calon AJK LELAKI sahaja.
· Pencalon Perempuan hanya boleh mencalonkan : seorang calon Pengerusi, seorang calon timbalan Pengerusi 2, dan 5 orang calon ajk PEREMPUAN sahaja.
Perubatan Pusat
-Perwakilan :
· Perwakilan hendaklah menyemak semula keahlian dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan.
· Perwakilan hanya boleh dilakukan di lokasi yang disediakan.
· Perwakilan mestilah ahli Perubatan cawangan Tanta Tahun 2 dan ke atas sahaja.
· Perwakilan merupakan ahli yang sentiasa memberi komitmen kepada aktiviti yang dianjurkan oleh Perubatan Cawangan masing-masing.
· Perwakilan dapat melaksanakan amanah mencalon dan mengundi untuk pemilihan AJK Perubatan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
· Jumlah perwakilan adalah 20 orang AJK PCT sesi 08/09, 20 orang perwakilan lelaki tahun 2 ke atas dan 20 orang perwakilan perempuan tahun 2 ke atas.
2) KEPUTUSAN PENCALONAN(SENARAI PERTAMA)
· 2 calon presiden yang mendapat pencalonan terbanyak akan layak bertanding.
· 2 calon timbalan presiden 2 yang mendapat pencalonan terbanyak akan layak bertanding.
· 12 calon AJK lelaki yang mendapat pencalonan terbanyak akan layak bertanding
· 11 calon AJK perempuan yang mendapat pencalonan terbanyak akan layak bertanding
· Calon yang kalah dalam perebutan kerusi presiden dan timb presiden 2 secara automatik menjadi AJK
· 9 borang penarikan diri dari bertanding disediakan bagi setiap pencalonan. 4 untuk calon lelaki dan 5 untuk calon perempuan dan hanya boleh diambil dengan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan.
· Penarikan diri hanya boleh dilakukan pada sehari selepas senarai pertama dikeluarkan.
3) KEPUTUSAN PENCALONAN(SENARAI KEDUA)
· Tertakluk kepada keputusan pencalonan yang pertama jika tiada calon yang menarik diri dalam masa yang telah ditetapkan.
* Melobi :
- Calon boleh melaksanakan apa-apa usaha dan ikhtiar untuk mempromosi diri sendiri bersempena dengan proses pencalonan dan pengundian AJK Perubatan Cawangan.
- Sebarang usaha untuk mempromosi atau memburukkan mana-mana calon yang dibuat secara berkumpulan atau besar-besaran adalah dilarang sama sekali. ( Membuat web atau blog, membuat ceramah umum, menyebarkan sebarang sebaran berbentuk cetakan atau multimedia etc.)
- Mempromosikan mana-mana calon secara individu adalah dibenarkan tanpa melampaui batas atau keterlaluan.

4) PENGUNDIAN
-Pengundi bagi Perubatan Cawangan Tanta :
· Semua ahli Perubatan Tahun dua ke atas yang telah menyelesaikan yuran tahunan layak untuk mengundi mengikut cawangan masing-masing.
· Pemilih akan menyemak semula kelayakan mengundi sebelum membuang undi.
· Pemilih membuang undi di saluran-saluran yang disediakan.
· Kertas pengundian adalah standardize dan bernombor siri di semua peringkat.
-Pengundi bagi Perubatan Pusat :
· Perwakilan hendaklah menyemak semula keahlian dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan.
· Perwakilan hanya boleh dilakukan di lokasi yang disediakan.
· Perwakilan mestilah ahli Perubatan cawangan Tanta Tahun 2 dan ke atas sahaja.
· Perwakilan merupakan ahli yang sentiasa memberi komitmen kepada aktiviti yang dianjurkan oleh Perubatan Cawangan masing-masing.
· Perwakilan apat melaksanakan amanah mencalon dan mengundi untuk pemilihan AJK Perubatan Kaherah dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
· Jumlah perwakilan adalah 20 orang AJK PCT sesi 08/09,20 orang perwakilan lelaki tahun 2 ke atas dan 20 orang perwakilan perempuan tahun 2 ke atas.
5) PENGUMUMAM CALON YANG MENANG
· Pengumuman calon yang menang akan dibuat oleh PENGARAH JAWATANKUASA PILIHANRAYA CAWANGAN.
Disediakan Oleh : AJK PENERANGAN JPC 09/10
No comments:
Post a Comment